Kanser adalah antara penyakit kronik yang paling ditakuti pada zaman kini. Ada kalanya ia hadir tanpa sebarang amaran, namun meninggalkan kesan yang begitu mendalam terhadap penghidapnya dari segi fizikal dan emosi. Ia menyerang segenap lapisan masyarakat tanpa mengira jantina dan latar belakang, seawal usia masih bayi sehinggalah mereka yang sudah lanjut umurnya.